Sukan SEA 2021 | Hamidin Amin tidak kompromi

2022-03-23 0

Sukan SEA Vietnam 2021 bukan medan menebus kehampaan skuad bola sepak negara di Filipina dua tahun lalu selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak letak sebarang sasaran...malah lebih mengutamakan pendedahan buat pemain muda.
Dan biarpun prestasi ditampilkan skuad projek FAM-MSN belum mencapai tahap terbaik, barisan pemain itu tidak akan diketepikan dalam perancangan ke temasya DWI tahunan tersebut.